Rumah Inap Desa Kiyau atau Kiyau Campsite di Kampung Sapit Padawan menjanjikan pengalaman yang luar biasa buat penggemar aktiviti alam semulajadi.
Terletak lebih seribu kaki dari aras laut, antara tarikan utamanya adalah pengunjung boleh melihat negara jiran Indonesia kerana lokasinya yang bersempadan dengan Kalimantan.